Estee
Lauder adalah seorang usahawanita dan pengasas kosmetik Amerika. Beliau di
lahirkan pada 1 Julai 1908 dengan diberi nama Josephine Esther Mentzer. Ada
juga beberapa spekulasi mengatakan bahawa beliau sebenarnya dilahirkan dua
tahun awal iaitu pada tahun 1906. Beliau dilahirkan di Corona, Queens New York.
Semasa kecil nama panggilan untuk Estee Lauder adalah Esty. Ejaan Estee dipilih
beliau kerana itulah cara bagaimana Esty disebut dalam loghat Hungarian. Beliau
merupakan anak kedua kepada Max Mentzer dan Rosenthal Mentzer. Ibu bapanya
adalah pendatang Yahudi dari Hungaria dan Czechoslovakia. Estee bukanlah
membesar dalam kelas atasan yang mana membuatkan beliau malu akan gaya hidup
orang tuanya yang agak kekampungan dan beliau sangat teringin untuk menjadi
seratus peratus identiti Amerika. Di zaman remajanya, dia membantu dan bekerja
di kedai perkakasan milik keluarganya. Dari situlah bermulanya minat beliau
terhadap perniagaan, keusahawanan dan membina pengalaman untuk menjadi peruncit
yang berjaya.
Apabila
Estee meningkat lebih dewasa dia bersetuju untuk membantu bapa saudaranya, John
Schotz iaitu seorang ahli kimia yang banyak membantu mengubah masa depan Estee.
Bapa saudara beliau mempunyai syarikat New Way Laboratories yang menjual produk
kecantikan. Ini membuatkan Estee menjadi lebih berminat dalam bidang
perniagaan. Estee begitu minat melihat bapa saudaranya mencipta produk
kecantikan. Bapa saudaranya juga mengajar Estee bagaimana untuk mencuci muka
dan membuat rawatan muka dengan cara yang betul. Estee mula berjinak-jinak
dengan perniagaan dengan membawa produk-produk bapa saudaranya kepada
rakan-rakan sekelasnya di Newton High School. Dari situ beliau mempelajari cara
pemasaran perniagaan. Menyedari bahawa
hubungan sosial adalah penting dalam perniagaan kecantikan, Lauder memutuskan
untuk membuat impian masa kecilnya datang benar dengan menjadi seorang wanita
elegan penghalusan dan terbilang. Melalui pemalsuan dan hiasan yang benar
dan dengan berpakaian seperti pelanggan beliau dan meniru tingkah laku mereka,
Lauder membuat dirinya menjadi seorang wanita yang canggih dan riang keindahan
peranan yang cepat menjadi tidak boleh dibezakan daripada realiti. Selepas tamat belajar di Newton High
School Estee memberikan tumpuan kepada perniagaan bapa saudaranya. Beliau
menjual produk kecantikan tersebut ke butik-butik kecantikan, kelab-kelab dan
hotel-hotel.
Permulaan
kepada bermulanya kejayaan Estee adalah apabila pada suatu hari, selepas Estee
membuat rawatan rambut di House Of Ash Blondes, pemilik pusat dandanan rambut
tersebut Florence Morris bertanya Estee tentang kulitnya yang mulus. Maka Estee
terus memberi empat dari krim produk bapa saudaranya dan menunjukkan cara-cara
menggunakannya. Morris berasa sangat kagum dan menyuruh Estee menjual krim
tersebut di pusat dandanan rambutnya yang baru dibuka. Sebelum beliau mencapai
impiannya, iaitu pada awal usia 20an Estee telah bertemu dan berkahwin dengan
Joseph Lauter pada 15 Januari 1930. Suaminya merupakan seorang usahawan
tekstil. Estee melahirkan anak lelaki pertama pada tahun 1933 yang diberi nama
Leonard. Walaupun telah berkeluarga, itu tidak menyekat beliau dari
membangunkan impiannya dalam bidang kecantikan.
Pada
awal perkahwinannya selepas kelahiran pertama anaknya, Estee merperhaluskan
lagi dan meningkatkan kualiti krim-krim kecantikan bapa saudaranya dengan
memasak semula krim tersebut di dapurnya sendiri. Beliau juga rajin membuat
demonstrasi di pusat dandanan rambut, hotel-hotel malah dijalanan juga. Beliau
juga banyak mengunjungi rumah-rumah pelanggannya demi membangunkan perniagaannya.
Akan tetapi disebabkan tumpuan beliau yang mendalam terhadap perniagaan ,
pernikahannya kian meretak hingga akhirnya beliau bercerai pada tahun 1939.
Setelah bercerai Estee berpindah ke Miami Beach Florida dimana beliau
meneruskan impiannya dengan menjual produk kecantikannya kepada
pelancong-pelancong kaya. Setelah tiga tahun berseorangan Estee akhirnya
menyedari bahawa beliau masih memerlukan dan merindui bekas suaminya. Mereka
merujuk kembali pada tahun 1942. Selepas merujuk kembali mereka bersetuju untuk
bersama-sama mengusahakan perniagaan kosmetik dengan Estee bertugas dalam
menguruskan pemasaran manakala suaminya menguruskan kewangan dan pentadbiran.
Kemudiannya mereka membuka kedai kosmetik pertama di New York pada tahun
1944.Pada tahun yang sama juga Estee melahirkan anak yang kedua yang diberi
nama Ronald.
Setelah
beberapa tahun berkecimpung di dalam perniagaan berbekalkan visi, akhirnya
mimpi indah menjadi nyata apabila pada tahun 1946 secara rasminya Estee berjaya
menubuhkan syarikat yang khusus mengeluarkan krim kulit untuk kecantikan.
Syarikat tersebut bernaung di bawah namanya Estee Lauder Inc. Baginya
kecantikan itu harus dibelai dan dipelihara kerana ia milik abadi setiap
wanita. Beliau dan suaminya bersama-sama mengusahakan syarikat tersebut dan
hanya menawarkan produk yang berkualiti. Melalui pemikirannya yang cerdik Estee
memutuskan untuk menjual produk-produknya hanya kepada kedai-kedai kelas
atasan. Sasaran pertamanya adalah dengan memujuk pihak majikan New York City
jabatan kedai-kedai supaya member ruang kaunter di Saks Fifth Avenue. Sebaik
mendapat tempat, beliau menggunakan pendekatan jualan peribadi yang terbukti
berkesan. Beliau menyakinkan Saks dan Saks memesan sejumlah pesanan yang besar
dan berjaya dijual dalam masa dua hari. Kejayaan itu membuatkan Estee yakin
syarikatnya mampu bersaing dengan kosmetik yang mempunyai nama besar seperti
Revlon, Helena Rubinestein dan Elizerbert Arden. Beliau juga menggunakan
pendekatan pemasaran dengan memberi kawan-kawannya yang terkenal sampel kecil
produknya. Ini kerana beliau mahukan produknya berada di dalam tangan
orang-orang yang terkenal kerana mereka ini adalah sasaran yang terbaik.
Memikat golongan kaya dan terkenal adalah salah satu asas pelan perniagaan
beliau.
Pada
tahun 1953 Estee telah mencapai kejayaan dramatic dengan memperkenalkan produk
wangian pertamanya “Youth Dew” iaitu sabun mandi yang juga boleh dijadikan
sebagai pewangi. Syarikatnya mengedarkan sampel percuma dan menjalankan kempen
promosi yang agresif. Estee sendiri memakainya dan menyembur wangiannya di
sekitar kedai-kedai. Dengan harga $8.50 sebotol “Youth Dew” , ia meningkatkan
jualan syarikat Estee Lauder di kedai-kedai tertentu. Produk tersebut mendapat
jualan terbesar dari beberapa ratus dollar seminggu kepada ribuan dollar. Ia
akhirnya menjadi garis wangian keseluruhan yang membawa masuk nilai $30 juta
setahun pada pertengahann1980-an, kira-kira tiga dekad selepas pelancarannya.
Pada awal 1960-an beliau mengambil pendekatan separa saintifik untuk penjagaan
kulit. Produk pertama seperti Re-Nutriv dijual dengan harga 115 paun dan
merupakan produk yang mendapat jualan terbesar walaupun harganya yang mahal. Perniagaannya
menjadi semakin maju dengan beliau mengembangkan pasaran perniagaannya ke luar negara lain dan memperkenalkan produk
untuk lelaki jenama Aramis dan Clinique pada tahun 1968. Pada pertengahan 1970,
produk-produk Estee berada di lebih tujuh puluh buah negara. Selama
bertahun-tahun, syarikat Estee Lauder juga telah menarik perhatian bagi kempen
pengiklanan paling lama yang memaparkan model yang terkenal. Dalam tahun
1970-an Karen Graham merupakan orang pertama yang menandatangani kontrak
eksklusif kemudiannya digantikan oelh Willow Bay, Paulina Porizkova dan pada
tahun 1995, Elizabeth Hurley.
Selain itu, Estee Lauder
menyahut seruan Jabatan Pertanian US di
bawah piawaian program organik negara yang menyatakan bahawa sembilan
puluh lima peratus daripada kandungan produk mestilah terdiri
daripada bahan organik. Dalam penambahbaikan produk yang sedia ada juga, Estee telah menggunakan bahan semulajadi
dan organik untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia dalam produknya. Ini
adalah selari dengan permintaan pelanggan yang sangat menitikberatkan soal
kecantikan mereka.
Hasil
dari keyakinan yang mantap dan cita-citanya yang teguh menjadikan Estee seorang
wanita terkaya di dunia. Estee dikelilingi oleh orang dari kalangan elit dan
kerabat diraja. Setelah lebih dari 40 tahun Estee berkecimpung dalam perniagaan
kosmetik, beliau yang terkenal dengan strategi pemasaran yang cerdik telah
menyerahkan perusahaannya kepada anaknya Leornard. Walaupun selepas 40 tahun
dan setelah menyerahkan perusahaan kepada anaknya, Estee tetap menghadiri
setiap pelancaran kaunter kosmetik atau kedai. Beliau juga pernah berkata “saya
tidak pernah bekerja sehari dalam hidup saya tanpa menjual. Jika saya percaya
sesuatu, saya menjual dan saya menjual dengan bersungguh-sungguh”. Idea-idea
produk inovatif beliau dan strategi pemasaran yang membantu beliau berjaya meraih perniagaan kecantikan ke
dalam industri antarabangsa dengan jualan yang diukur dalam berbillion-billion
dollar.Sikap-sikap positif beliau inilah juga yang membuatkan beliau seorang
yang dihormati, dikenali dan disegani ramai pihak.
Pada
tahun 1983 Estee mengalami kehilangan yang besar apabila suaminya meninggal
dunia. Estee berkongsi perjalanan hidupnya di dalam buku pada tahun 1985 yang
bertajuk “Estee: A Success Story” . Pada tahun 1995 Syarikat Estee telah
menjadi syarikat awam berhad. Pada masa itu perniagaannya dinilaikan lebih
kurang dua billion US dollar.
Pada
tahun 2004, iaitu pada usianya 97 tahun Estee meninggal dunia kerana penyakit
Cardiopulmonari di Manhattan. Semasa hidupnya beliau telah mencapai pelbagai
kejayaan. Antaranya ialah beliau dipilih
sebagai satu daripada sepuluh “Outstanding Women” dalam Business di Amerika
Syarikat oleh perniagaan dan editor-editor kewangan pada tahun 1967. Ini
diikuti pula “Spirit of Achievement Award” dari Elbert Einstein College of
Medicine di Yeshiva Universiti pada tahun 1968. Estee juga merupakan
satu-satunya wanita di dalam majalah Time tahun 1998 yang tersenarai sebagai 20
orang genius yang memiliki perniagaan paling berpengaruh di abad ke-20. Beliau
juga menerima penghargaan “Presidential Medal of Freedom” malah turut
dicetuskan menjadi “Junior Achievement U.S Business Hall Of Fame” pada tahun
1988.Walaupun beliau telah tiada, syarikat yang dibinanya masih utuh di bawah
pengurusan keluarganya. Anak sulongnya, Leornard adalah eksekutif Syarikat
Estee Lauder dan kini pengerusi lembaga. Anak keduannya pula Ronald adalah
pengerusi Clinique Laboratories manakala cucunya pula William Lauder adalah
pengerusi eksekutif di Estee Lauder. Syarikat Estee Lauder Inc juga telah
tersenarai di Pasaran Bursa Saham New York dibawah kod EL. Terdapat lebih tiga
puluh dua jenama di bawah Estee Lauder Inc yang diperkenalkan sejak awal
penubuhan syarikat hingga sekarang. Ia merangkumi sejumlah besar syarikat
dikenali termasuk tetapi tidak terhad kepada; Estée Lauder, Aramis, Clinique,
Prescriptives, Origins, M A. C, Bobbi Brown, Tommy Hilfiger, Jane, Donna Karan,
Aveda, La Mer, Stila dan Jo Malone. Produknya termasuk terdiri daripada krim
kecantikan, alat solek, dandanan rambut ,kosmetik, colognes, minyak wangi,
minyak badan, serum kulit, dan losyen. Produknya juga tidak terhad kepada kaum
wanita sahaja malah diciptakan juga untuk kaum lelaki.
Sehingga
kini syarikat Estee Lauder masih dimiliki oleh keluarga Lauder yang mengawal
kira-kira lapan puluh tujuh peratus daripada kuasa saham mengundi. Lembaga
pengarah syarikat terdiri daripada tiga belas
orang pengarah , di mana empat daripadanya adalah terdiri daripada ahli
keluarga Lauder. Lantaran dari reputasi yang baik, setiap produknya yang
diperkenalkan adalah yang terbaik bersandarkan gaya inovatif, disamping
mementingkan kualiti. Produk berjenama Estee Lauder telah berjaya membuktikan
kelebihannya apabila diberi pengiktirafan di seratus buah negara di dunia.
Kelebihan ini adalah disebabkan keupayaan Estee mengekalkan kualiti meski lebih
lima puluh tahun berada di pasaran.
Hari
ini, Estee Lauder telah menjadi satu rangkaian perniagaan yang terbesar yang memiliki
kosmetik persendirian di dunia dengan jualan melebihi satu billion dolar.
Selagi peminat setia produk Estee Lauder tidak jemu mengikuti perkembangan
produk-produk terbaru dari Estee Lauder , selagi itulah syarikat Estee Lauder
akan kekal kukuh dan berkembang lebih maju.
Industri kosmetik, tidak akan
mati selagi adanya produk yang sentiasa diubahsuai menjadi lebih baik dan
berkualiti dari semasa ke semasa. Kesimpulannya selagi ada kepercayaan dari
setiap pelanggan, selagi itulah syarikat Estee Lauder tidak akan terkubur.
No comments:
Post a Comment