e-Dagang




PENDAHULUAN
Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat terutama dalam perkembangan internet telah membawa kepada penggunaan menyeluruh etronik(e) dalam bidang urusan harian saperti e-niaga, e-kerajaan dan termasuk juga e-dagang.Komponen penting dalam perniagaan secara e-dagang ialah e-mail dan dalam internet laman web. Perkembangan dan sambutan kepada bentuk perniagaan ini dijangka meningkat dan mendapat sambutan menggalakan. Ini dapat dilihat melalui kajian yang dibuat dianggarkan urusniaga melalui e-dagang meningkat dari tahun ke tahun iaitu $2 billion dalam tahun 1990 meningkat kepada $46 billion pada tahun 1995 dan pada tahun (2000) meningkat ke $73 billion ( Mondahl,1995 ). Sementara mengikut kajian oleh Visa International, perniagaan yang dijalankan secara e-dagang di seluruh dunia dianggarkan mencapai $1 trillion menjelang tahun 2003 , di mana sebanyak 20% adalah urusniaga yang dijalankan di Asia ( Berita Harian,23 Mac,1999). Dengan perkembangan yang menggalakkan berdasarkan sambutan perniagaan eletronik ini (berdasarkan kajian) akan mengubah trend urusniaga.

DEFINISI E-DAGANG

E-dagang adalah merupakan satu proses pembelian dan juga penjualan yang dibuat melalui eletronik. Proses yang terlibat saperti pengiklanan, pesanan, penghantaran, pembayaran dan juga khidmat selepas jualan bagi perkhidmatan dan juga barangan. Menurut Lee Foong Yeaw (1998) e-dagang adalah: E-commerce includes any form of computerised commercial transactions. These transactions may mean buying and selling of products and services on networked computers over the Internet either by consumers or between company and company.E- commerce also includes handling purchasing transactions,electronic fund transfers (EFT), buying and selling of new "commodities" such as electronic information concerning stock prices and classified advertisements.

SEJARAH DAN EVOLUSI E-DAGANG

Perkembangan E-dagang di dunia bermula sejak kemunculan internet dan seterusnya berkembang dan timbulah E-dagang ( E-commerce ). Internet lahir pada tahun 1969 di Amerika iaitu kelompok peneliti berhubungan dengan empat komputer di UCLA, Stanford Research Intitut, Universitas Utah dan Universitas California di Santa Barbara. Mereka telah mencipta sebuah jaringan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain yang di kenali istilah ARPAnet ( Advanced Research Project Agency ) yang mana merupakan salah satu bahagian keamanan Negara Amerika Syarikat. Selepas tiga tahun, lebih dari lima puluh universiti telah terhubung bersama-sama dalam jaringan (network), dan jaringan komputer yang lain mulai muncul di sekitar negara dan dunia. Seiring dengan perkembangan ARPAnet, yang diikuti pula dengan kerjasama jaringan antara kaum pendidik, dan eksperimen NASA mengenai jaringan komputer, jaringan ini mulai terhubung satu dengan yang lain, inilah awal mula dipakai istilah “Internet” Perkembangan Teknologi Informasi telah berhasil menciptakan infrastruktur informasi baru. Internet memiliki beberapa daya tarik dan kekeunggulan bagi para konsumen maupun organisasi, misalnya dalam hal kesamaan kecepatan data, akses 24 jam sehari, efisiensi, alternatif ruang dan pilihan yang tanpa batas, personalisasi, sumber informasi dan teknologi yang berpotensi dan lain - lainnya. Dalam konteks perniagaan, internet membawa impak transformasi yang menciptakan paradigma baru dalam dunia perniagaan yang di sebut “ Digital Marketing” Awal tahun 1990-an perniagaan di internet mulai berkembang pesat mencapai jutaan pelanggan, maka muncullah istilah baru Electronic Commerce atau lebih dikenali E-commerce. Perdagangan Elektronik juga dikenali sebagai e-dagang (Electronic Commerce). Ia adalah sebuah sistem perniagaan yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutamanya telekomunikasi canggih. E-dagang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu e-dagang di antara perniagaan dengan perniagaan dan e-dagang di antara perniagaan dengan pengguna. E-dagang di antara perniagaan dengan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau lebih syarikat di mana satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. E-dagang di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual produk akhir dengan pengguna. E-dagang menggunakan Internet untuk mewujudkan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit dan sebagainya dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak. Dengan adanya e-dagang, sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual beli di mana sahaja di dunia ini. Ia kini digunakan secara meluas terutamanya di negara-negara barat malah diakui oelh syarikat antarabangsa dan pakar pasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan. Internet pula boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan dalam dua cara iaitu yang pertama, memasarkan serta menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik. Cara yang kedua ialah mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet yang membolehkan pengguna membei barangan di rumah atau tempat perniagaan. secara umumnya e-dagang adalah model perniagaan yang mana segala aktiviti perniagaan dijalankan sepenuhnya melalui penggunaan internet sebagai mediumnya. aktiviti e-dagang merangkumi penggunaan laman web bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan, melakukan pemasaran menerima bayaran melalui internet dan pengurusan khidmat pelangan secara online. terdapat dua jenis perniagaan yang boleh di jalankan melalui medium internet iaitu yang berasaskan produk fizikal, produk digital dan produk perkhidmatan.

KEPENTINGAN E-DAGANG DALAM PERNIAGAAN

Teknologi merangkumi satu konsep yang sangat luas dan ia digunakan untuk merujuk kepada beberapa cabang sains dan kajian. Antara contoh teknologi adalah teknologi maklumat, teknologi perubatan, bioteknologi dan sebagainya. Teknologi juga merupakan pembangunan dan penggunaan alat, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Ia juga membawa maksud tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki dalam bidang ekonomi. Teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Pada masa kini teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi komputer malahan ia juga digunakan dalam proses komunikasi dan proses penyelesaian masalah dalam tugasan. Ia berfungsi sebagai media yang menyampaikan maklumat dalam bidang perniagaan. Selain menjadi komponen yang penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Sekiranya penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing sama ada di peringkat tempatan atau global. Selain itu, pembangunan teknologi akan bertambah pantas dan bukan sebaliknya. Kemajuan teknologi dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak meningkatkan daya saing dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. Kebanyakan syarikat telah menggunakan perisian, komputer dan internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari pasaran tempatan ke pasaran nasional dan global. Teknologi juga mewajibkan untuk kekal fleksibel dan menyesuaikan dan operasi mereka selaras dengan teknologi yang semakin maju ini.

Kelebihan-kelebihan teknologi kepada usahawan:
(a) Teknologi ialah antara kelebihan penting kepada setiap usahawan yang progresif dan mahu sentiasa membangun.
(b) Boleh menaikkan imej dan kredibiliti usahawan.
(c) Mengembangkan perniagaan ke negara-negara lain dengan mewujudkan teknologi moden seperti internet dan e-dagang.
(d) Mendapat maklumat mengenai promosi atau aktiviti syarikat dengan lebih cepat dan tepat, melalui pelbagai bentuk media.
(e) Meningkatkan produktiviti usahawan. Para usahawan dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan lebih pantas, efisyen dan tepat melalui emel, SMS dan pelbagai medium lain.
(f) Berkongsi, menyimpan dan menyebar maklumat. Pembentangan produk boleh dilakukan pada bila-bila masa dan lebih menarik dengan informasi yang tersimpan di dalam komputer atau tablet PC. Maklumat stok serta pelbagai strategi lain lebih mudah disimpan dan dirujuk dengan menggunakan perisian terkinu untuk memastikan perniagaan berjalan dengan lancar. Menyimpan maklumat pengguna dan produk belian mereka dengan efisien dan ini memastikan pengulangan pembelian kerana servis lepas jualan yang pro-aktif dan pantas.
(g) Bersedia utntuk pembangunan masa depan. Teknologi dapat memastikan statistik dan maklumat digunakan dengan cara yang terbaik bagi perancangan bisnes masa depan. Ia juga berkembang dengan pantas, selari dengan perkembangan dunia perniagaan.
(h) Penggunaan masa yang lebih efisien serta mencipta peluang pekerjaan yang baru.
(i) Memperbaiki mobiliti pernigaan. Teknologi telah memperbaiki jualan syarikat dngan membenarkan stokis menggunakan alat-alat elektronik peribadi untuk membuat paparan jualan serta menghantar pesanan dan maklumat pelanggan ke pejabat dengan cepat. Alat-alat elektronik ini telah memendekkan masa yang diperlukan oleh syarikat untuk menerima dan menghantar barangan atau perkhidmatan dan seterusnya mewujudkan kelebihan berdaya saing dalam industri.
(j) Komunikasi Dengan bantuan teknologi, proses komunikasi telah menjadi lebih murah, cepat dan efisien.
(k) Keberkesanan kos. Teknologi membolehkan proses perniagaan dikomputerkan diaman perniagaan akan mendapat pulangan yang tinggi dengan menggunakna peralatan mesin yang berteknologi.
(l) Globalisasi. Ia bukan sahaja menunjukkan perhubungan dunia yang rapat tetapi juga membenarkan ekonomi di dunia ini menjadi satu sistem yang bersifat saling-bergantung.

PENGGUNAAN E-DAGANG SECARA GLOBAL

E-dagang telah digunakan secara global di serata dunia bagi mengembangkan perniagaan masing-masing. Dalam memasarkan barangan dalam dan luar negara e- dagang memainkan peranan yang amat penting dan sangat efesian sekali. Sebenarnya e-dagang penting dalam pasaran global adalah kerana ianya :-
- Menggantikan konsep manual Konsep yang dahulunya memerlukan pelanggan datang ke kedai dan mengisi borang untuk membeli barang, boleh di minimumkan dengan hanya sekali ‘clik’ di internet tanpa membuang masa dan tenaga.
- Pemasaran yang luas Pengguna internet yang semakin hari semakin ramai, berupaya untuk mencapai jumlah pengguna melebihi 60 juta dalam masa yang singkat. Hanya dengan menggunakan komputer dan internet akses sahaja peniaga dapat menjelajah di dunia perniagaan tanpa sempadan.
- Mengikut peredaran teknologi semasa Kebanyakan pengguna kini menginginkan sesuatu yang cepat walaupun barangan tersebut sukar dicari. Salah satu cara mereka ialah dengan mencari barangan di internet dan melakukan pembayaran terus secara online.
- Membantu pengguna mendapatkan barangan yang sukar dicari Kemungkinan sesuatu barang seperti ubat-ubatan atau barangan antik dari luar negara sukar diperoleh didalam negeri. Tetapi, sekiranya menggunakan khidmat e-dagang segala-galanya boleh didapati dengan begitu senang.
- Membantu institusi lain untuk menjana pendapatan (transaksi) Kemunculan pihak-pihak ketiga didalam e-dagang seperti syarikat-syarikat kewangan iPay88, Paypal dan sebagainya, membantu mereka menjana pendapatan dengan memberikan khidmat transaksi terbaik kepada pelanggan.
- Cepat dan mudah Membolehkan penjual menjual barangan mereka serta merta dengan menembusi pasaran global secara cepat dan mudah. Hal ini kerana produk yang dipaparkan di internet adalah 24jam sehari dan 7 hari seminggu tanpa sekatan.
- Mengurangkan kos Kos pembelian dapat diminimumkan. Pembeli boleh terus membeli daripada penjual atau pengeluar tanpa perlu membayar kos komisen kepada agen. Pembeli juga tidak perlu bersusah payah menghabiskan duit minyak untuk mendapatkan barangan tersebut.
- Keuntungan yang optimum Pasaran yang lebih luas iaitu melebihi 60 juta boleh menghapuskan golongan pertengahan dalam dunia perniagaan seperti agen dan sebagainya.
- Modal yang rendah Tidak memerlukan modal perniagaan yang tinggi seperti peniagaan offline, apa yang penting adalah idea, sebuah laman web dan internet. Modal yang diperlukan juga adalah rendah.
- Waktu bekerja yang flaksibel Jika sudah bekerja, tetapi inginkan pendapatan sampingan, maka perniagaan e-dagang adalah cara yang terbaik. Ini kerana, melalui perniagaan secara online peniaga tidak memerlukan 8jam sehari dan 5hari seminggu untuk ke tempat kerja. Tambahan, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa yang di sukai dan selesa.
- Bekerja dimana-mana Dimana ada laptop, disitulahlah ruang pejabat. Tidak kira sama ada di rumah atau di tempat-tempat awam seperti di dataran, restoran makanan dan sebagainya, asalkan selesa untuk melakukan kerja, segalanya boleh dilakukan. Secara tidak langsung dapat menjimatkan masa selama 2jam setiap hari, iaitu masa yang diambil untuk ketempat kerja. Malahan,sekiranya bekerja di rumah, penggunaan minyak kereta juga dapat dijimatkan.
- Perniagaan Automatik Anda tidak perlu sentiasa ada di depan laptop kerana perniagaan internet boleh di automasikan.
- Menceburi lebih dari satu perniagaan Memandangkan modal untuk memulakan perniagaan di internet jauh lebih murah berbanding berniaga secara offline maka, ini membuka peluang yang lebih kepada usahawan untuk mempelbagaikan perniagaan lebih dari satu jenis.

TAHAP PENGGUNAAN E-DAGANG DI MALAYSIA

Pengguna Internet Bilangan pengguna Internet di Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta orang pada 2012, demikian menurut Laporan Ekonomi 2013/3014 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan di sini hari ini. Menurut laporan itu kadar penembusan jalur lebar isi rumah pula meningkat kepada 66.8 peratus pada akhir Jun 2013 manakala dengan kadar penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, kini terdapat 42.6 juta langganan. Statistik juga menunjukkan lebih banyak pengguna Internet di Malaysia adalah pembeli berbanding penjual dengan saiz pasaran urus niaga dalam talian di Malaysia dijangka mencecah RM5 bilion menjelang 2014 berbanding RM1.8 bilion pada 2010. Menurut laporan itu, Malaysia adalah antara tiga negara teras di Asia bagi purata perbelanjaan dalam talian pada tempoh 12 bulan lalu dan ini dipacu oleh perkhidmatan pelancongan, khususnya tiket penerbangan dan tempahan hotel, telah menerajui pembelian produk dan perkhidmatan dalam talian. Tambahan pula pembelian melalui Internet telah dipermudahkan lagi dengan pembayaran elektronik melalui perbankan dalam talian atau kad kredit. Menurut laporan berkenaan, peningkatan jumlah pengguna Internet dan pembeli dalam talian menggambarkan potensi pasaran yang luas untuk perniagaan dalam talian. Syarikat yang tidak mempunyai laman web atau menawarkan pembelian dalam talian perlu mengubah perniagaan tradisional mereka kepada perniagaan dalam talian supaya tidak kehilangan pengguna yang semakin meningkat. Tambahan pula, adalah penting untuk perniagaan menumpukan perhatian kepada pelanggan telefon mudah alih kerana bilangan mereka jauh melebihi pengguna Internet. Laporan itu menyebut rakyat Malaysia semakin banyak menghabiskan masa melayari Internet berbanding media lain seperti televisyen, radio dan suratkhabar dengan penggunaan Internet yang meluas untuk rangkaian sosial. "Kadar penembusan rangkaian sosial sebanyak 91 peratus dengan satu daripada tiga minit yang digunakan dalam talian adalah untuk rangkaian sosial. 11.8 juta rakyat dianggarkan mempunyai akaun Facebook dengan lebih 80 peratus melayari Internet untuk mengakses Facebook," kata laporan itu. Laporan itu turut menyebut kebanyakan perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana masih kurang menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) kerana sumber kewangan yang terhad, kekurangan pengetahuan teknologi, serta kos juruteknik dan aplikasi perisian yang tinggi. Jelas laporan itu, capaian Internet adalah rendah bagi PKS dan usahawan disebabkan kos jalur lebar dan pendaftaran domain yang tinggi. "Sebagai contoh, pada 2010, kos sebanyak AS$143 dikenakan untuk mendaftar domain di Malaysia berbanding AS$64 di Taiwan dan US$24 di Amerika Syarikat," kata laporan itu. PKS meliputi 97.3 peratus atau 645,136 daripada semua pertubuhan perniagaan di Malaysia tetapi hanya 100,000 perniagaan yang mempunyai laman web dengan hanya 20 peratus daripada PKS menggunakan ICT secara meluas dalam operasi harian mereka, kata laporan itu. Laporan itu menambah pada 2010, penembusan jalur lebar dalam kalangan perniagaan adalah rendah pada kadar 33 peratus manakala perbelanjaan pengiklanan dalam talian juga rendah, hanya satu peratus daripada bajet perniagaan di negara ini. Ia turut menarik perhatian bahawa terdapat juga isu seperti keselamatan dan rangkaian yang mana menurut Paypal, lebih banyak pengguna akan menambah pembelian dalam talian sekiranya aspek keselamatan dipertingkatkan. Kesimpulannya, menurut laporan itu, adalah penting untuk PKS dan usahawan serta pengguna menggunakan ICT serta menerima teknologi digital secara menyeluruh selari dengan transformasi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi.

CABARAN/HALANGAN PENGGUNAAN E-DAGANG

E-dagang juga banyak memberikan keburukan kepada pengguna iaitu ketersampaian kadar sesuatu barang yang perkhidmatan yang digunakan ditempah.perkhidmatan yang baik merupakan faktor utama pengguna menggunakan perkhidmatan e-dagang melalui internet.akan tetapi,barang yang ditempah daripada pengusaha tidak akan cepat sampai kepada para pengguna.ini menyebabkan para penguna tidak yakin dengan e-dagang. dari segi kepuasan juga,turut mempengaruhi para pengguna menggunakan perkhidmatan e-dagang ini.para pengguna lebih mementingkan kualiti sebenar sesuatu barangan yang dibeli.pengguna yang bijak tidak melihat sesuatu barangan dari segi luaran semata-mata tanpa mengetahui kualiti sebenar barang tersebut.contohnya,para pengguna hanya dapat melihat katalog yang diiklankan dalam perniagaan internet.jelaslah,e-dagang dapat menimbulkan kesan baik dan buruk kepada para pengguna.sekiranya perkhidmatan e-dagang ini digunakan sebaik-baiknya akan memberikan manfaat kepada pengguna.akan tetapi sekiranya pengguna yang tidak bijak menggunakan perkhidmatan ini akan menyebabkan mereka kerugian. Namun begitu terdapat beberapa kelemahan dengan sistem urusniaga menggunakan e- dagang. Saperti juga kebaikan, kelemahan boleh dilihat daripada sudut peniaga dan juga pelanggan.

Kelemahan Dari Sudut Peniaga.
- Tidak Upaya Mempamirkan Barangan Sebenar Pengeluar tidak dapat mempamirkan barangan yang sebenar terutama bahagian atau perkara yang sukar digambarkan secara terperinci dalam laman web. Keadaan akan menyebabkan kelebihan yang sepatutnya dapat dipamirkan melalui penglihatan dan sentuhan akan tersembunyi. Barangan atau perkhidmatan yang sepatutnya dapat memenuhi kehendak pengguna akan terpinggir dan ditolak oleh pengguna disebabkan tidak jelas dipamirkan
- Kesulitan Dalam Memberi Penerangan Dan Maklumbalas Intraksi secara lintas langsung dalam hubungan terus sukar diwujudkan. Tidak ramai sasaran akan memberi maklumbalas kepada pengeluar kecuali mereka yang telah membeli dan memerlukan membuat aduan kerosakan. Mereka yang belum mencuba akan beralih ke barang penganti lain yang bersamaan jika penerangan tidak jelas kepada pengguna.

Kelemahan Dari Sudut Pembeli
- Pesanan Tidak Diterima Pembeli menghadapi risiko apabila pesanan yang dibuat kepadapengeluar yang menghadapi masalah dan proses penutupan atau syarikat yang beroperasi secara menyamar. Pembayaran yang telah dibuat akan hilang dan pihak pembeli mengalami kerugian.
- Barang Yang Di Pesan Tidak Menepati Saperti Diiklankan Tidak semua pembeli dapat memahami dan menginterpretasi dengan setepatnya barangan yang diiklankan. Terdapat juga pengiklanan yang mengelirukan, akibatnya barangan atau perkhidmatan yang dipesan tidak memenuhi maksud fahaman oleh pembeli.

ISU BERKAITAN E-DAGANG

Keselamatan Perkembangan teknologi internet tidak menjamin bahawa pesanan dibuat tidak dipintas dan diubah. Kerugian yang dihadapi oleh pembeli bukan sekadar dipintas dan dibuat perubahan terhadap pesanan tetapi pembeli akan lebih terdedah kepada risiko pengubahan alamat penghantaran barangan.

Percukaian Sistem percukaian adalah meliputi cukai jualan dan juga cukai pendapatan. Jika hendak dikenakan bagaimanakah caranya untuk dikenakan? Jika tidak dikenakan atau dihapuskan akan merugikan pihak kerajaan yang mana cukai jualan merupakan penyumbang kepada hasil negara. 8.3. Penipuan Dari sudut pembayaran juga merupakan satu kelemahan di mana 20% pelanggan telah membuat laporan mengenai kehilangan kad kredit (Pankaj Kamthan,1999). Kad kredit merupakan elemen penting dalam pembayaran melalui e-dagang. Perlukan dibuat penghantaran sebelum memastikan kad sebenarnya? Buat masa ini belum lagi ada pihak yang berani memastikan segala yang dihantar melalui eletronik adalah selamat 100%. Menurut laporan terdapat bukti yang membabitkan penipuan urusniaga di internet dunia bernilai AS$3.2 bilion(RM12.16 bilion) pada tahun 1999 (Berita Harian, 1 Ogos 2000)

Syarikat Tiada Mempunyai E-Dagang Mengikut kajian yang dibuat di Amerika Syarikat oleh Ellis Booker terdapat 65% daripada syarikat perniagaan tidak mempunyai e-dagang. Daripada jumlah itu juga tiada mempunyai strategi e-dagang secara menyeluruh dan hampir satu per empat daripadanya tidak mempunyai asas perniagaan dan perancangan perlaksanaan bagi e-dagang. Kajian itu juga mendapati kesukaran bagi mengenalpasti hubungan di antara perniagaan dengan teknologi maklumat.

KELEBIHAN/KEBAIKAN PERNIAGAAN E DAGANG

Sememangnya e-dagang ada kebaikan dan keuntungan menggunakan kaedah e- dagang ialah perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat-syarikat yang berhubung baik dengan pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan berkenaan. ia memudahkan pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan dengan sekelip mata serta tidak dibelenggu dengan kerenah pengisian borang-borang dan birokrasi (majalah pc, mei 2006). kebaikan e-dagang yang ketara ialah dari sudut memberi keselesaan membeli- belah dalam ketenteraman rumah. keadaan ini memberi peluang kepada pembeli untuk berbincang bersama ahli keluarga sebelum membuat pembelian. belian yang menepati keperluan seisi keluarga adalah menjimatkan. selain itu e-dagang berupaya memberi maklumat yang mesra pelanggan dan terkini. kemesraan ini terletak kepada susun atur yang mudah untuk dilayari serta mempunyai penerangan untuk setiap barangan dalam laman web. maklumat yang diberi bertujuan untuk membolehkan pengguna membuatpilihan dengan betul. Kelebihan atau kebaikan perniagaan perlu dilihat dari dua sudut iaitu sudut peniaga dan pengguna.

Kebaikan Dari Sudut Peniaga

- Kos Rendah Dengan menggunakan e-dagang, dapat menghapuskan atau mengurangkan kos sewaan gudang, insuran, sewaan, kawalan serta lain- lain kos yang berkait dengan kos penyimpanan dalam transaksi pemindahan barangan atau perkhidmatan berlaku.
- Hubungan Terus Dengan Pelanggan Peniaga dapat berhubung terus dengan pelanggan bukan sekadar mendapat maklumat balas secara terus tanpa melibatkan pihak ketiga tetapi juga cepat dan secara talian terus(on-line). Dengan itu dapat membaiki segala kelemahan dengan segera. Ini mempercepatkan dalam melakukan perubahan terhadap polisi dan strategi.
- Memudahkan Melakukan Perubahan Perubahan dari segi bentuk pengiklanan, harga serta lain-lain perkara yang bagi menyesuaikan dengan keluaran baru yang bersesuaian dengan keadaan semasa dapat serta memenuhi kehendak pelanggan, mudah dan cepat sampai ke sasaran
- Kawasan Pemasaran Yang Luas Melalui e-dagang yang menggunakan internet, peluang untuk mengiklan dan memasarkan barangan atau perkhidmatan tanpa sempadan dapat dilakukan.

Kebaikan Dari Sudut Pengguna
- Banyak Pilihan Pengguna mempunyai banyak pilihan dan dapat membuat perbandingan daripada segi harga, kualiti dan juga perkhidmatan. Dengan itu pelanggan dapat membuat pilihan yang tepat dan dapat memenuhi kehendak mereka pada kadar yang lebih tinggi.
- Menjimatkan Masa Pembelian melalui e-dagang dapat menjimatkan masa, perjalanan serta dapat menganalisis barangan atau perkhidmatan dengan tidak perlu membuat pergi ke kedai atau kilang berkenaan, Cuma sekadar membuat rayauan di internet dan seterusnya membuat pesanan jika perlu.
- Tiada Kos Tambahan Pembeli dapat terus membeli dengan pembekal dan tiada atau mengurangkan melibatkan orang tengah. Ketiadaan penglibatan orang tengah pastinya tidak akan menyebabkan tambah kos atau komisen serta upah tambah yang terlibat.
- Membuat Perbandingan Lebih Tepat Pembeli dapat membuat perbandingan harga atau perubahan spesifikasi dengan cepat dan ddaripada dieksplotasikan oleh penjual berkait dengan “permainan” harga murah dengan mengurangkan item pada tawaran terdahulu. Ini dapat dibuat perbandingan jika tawaran terdahulu telah di simpan (save) terlebih dahulu.

FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN E-DAGANG

Malaysia merupakan salah sebuah daripada 20 negara perdagangan terbesar di dunia dan merupakan salah sebuah pembekal terbesar dunia bagi barang-barang seperti produk berasaskan getah, produk berasaskan kelapa sawit, produk berasaskan kayu, produk elektronik dan ICT, produk automotif, tekstil, buah-buahan dan makanan, dan produk-produk petrokimia. Aktiviti-aktiviti perdagangan dan e-dagang atau juga dikenali sebagai e-Commerce dikenalpasti dalam Rancangan Malaysia Ke-9 sebagai salah satu sektor penting bagi pertumbuhan ekonomi negara. Usaha-usaha pembangunan dalam sektor perdagangan akan terus diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

SARANAN POLISI DAN STRATEGI E-DAGANG DI MALAYSIA

Beberapa polisi dan strategi yang boleh diambil oleh Kerajaan dan peniaga bagi perniagaan e-dagang di Malaysia dengan lebih berkesan. Namun begitu beberapa isu atau perkara perlu diberi perhatian semasa merancang dan polisi dan strategi bagi e- dagang di Malaysia terutama berkait dengan adat resam, agama, kebudayaan kerana ianya terdiri masyarakat majmuk. Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk terdiri daripada berbilang bangsa dan agama akan menjadikan kelainan dalam merencanakan polisi dan strategi bagi e dagang. Polisi dan strategi perlu dimainkan oleh kedua-dua belah pihak iaitu pihak swasta dan juga kerajaan.

Pihak Kerajaan - Pihak kerajaan perlu memberi sokongan berkaitan dengan aspek perundangan yang tidak membebankan, mudah dan konsisten. Peraturan hendaklah telus serta melindungi hak, harta dan mengawal penipuan. - Membanyakkan insentif kepada pihak swasta membangunkan perniagaan e-dagang. - Kerajaan tidak akan membuat penghalang kepada perkembangan e-dagang dengan mengadakan sekatan-sekatan - Meminda dan mengubal undang-undang e-dagang dari masa ke semasa bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa demi untuk memperkembangkan urusniaga e-dagang. - Melaksanakan dasar tiada tarif atau cukai dikenakan bagi cukai jualan ke atas urusniaga e-dagang. - Mengalakan self regulated industry kepada sektor swasta - Mengadakan infrastuktur telekomunikasi secara menyeluruh untuk dipergunakan dalam urusniaga. - Menerap kecekapan ilmu IT kepada masyarakat bagi memboleh dan mempercepatkan mereka berkebolehan untuk menggunakan alatan teknologi maklumat seterusnya membolehkan mereka berurusan dalam perniagaan eletronik.

Pihak Swasta - Mengadakan sistem pembayaran eletronik yang lebih fleksibel dan menjamin keselamatan pembayaran oleh pembeli. - Menjamin bahawa hakmilik dan data peribadi pelanggan dijamin selamat guna untuk memberi keselesaan kepada pelanggan. - Menjamin keselamatan dan pengguna tidak mengalami kerugian dan mempunyai kemudahan membuat aduan. - Mengadakan kemudahan untuk pelanggan berintaksi dengan menggunakan konsep mesra pelanggan. - Pihak swasta sebelum membuat perancangan polisi dan strategi dibuat perlu melihat suasana persekitaran dan polisi yang disediakan oleh kerajaan supaya tidak bercanggah dan bertentangan dengan dasar kerajaan. - Mengadakan kaedah yang menjamin bagi pelanggan mendapatkan semula wang mereka jika ianya tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. - Menwujudkan banyak tempat perkhidmatan kepada pengguna samada ada untuk membuat pesanan atau aduan atau khidmat selepas jualan saperti kiosk.

KESIMPULAN


Kejayaan e-dagang memerlukan gabungan perkongsian diantara swasta dan sektor awam. Dalam kaitan ini sektor awam perlu menjadi peneraju dengan mengelakan kekeliruan, pertentangan di antara beberapa agensi kerajaan serta berhati-hati supaya tidak timbul pertelingahan daripada sudut kewibaan (authority). Kepesatan dalam meningkatkan infrastruktur komunikasi dalam bidang teknologi maklumat akan mempengaruhi kelajuan penerapan e-dagang bagi sesebuah negara. Malaysia sudah pun menuju ke arah itu dengan projek Lebuhraya Multimedia. Dengan itu dijangka urusniaga melalui e-dagang akan menjadi satu budaya urusniaga yang menggalakan dalam masa yang terdekat. Perdagangan e-dagang mempunyai peluang yang sangat besar di dalam kegiatan atau urusan perniagaan di Malaysia. Disamping itu juga memperkenalkan cara dan gaya baru dalam urusniaga. Oleh yang demikian peniaga harus bersedia dan merangka polisi dan strategi bagi memasuki pasaran baru dengan e-dagang. Para peniaga dan usahawan dalam negara perlu mengambil peluang dalam dunia teknologi maklumat bagi memasarkan barangan dan perkhidmatan mereka. Tidak mengira lelaki atau perempuan harus merebut peluang yang ada bagi memajukan perniagaan masing-masing. Penggunaan yang menyeluruh dalam dunia internet sebenarnya banyak membawa kebaikkan baik untuk individu ataupun negara.

iPhone 7 AKAN MENGGANAS DI PASARAN!!!

Assalamualaikum..

Dengan bulan September yang menjelang tiba, salah satu perkara yang dinantikan orang ramai adalah pengenalan telefon pintar Apple paling terbaharu, iaitu iPhone 7.

Perkara ini disahkan portal imore, apabila Apple mula menghantar jemputan media kepada media antarabangsa bagi satu acara dijadualkan berlangsung di Bill Graham Civic Auditorioum, San Franciso, Amerika Syarikat pada 7 September (8 September waktu Malaysia).

‘Pembocor rahsia’ EVleaks yang terkenal dengan meniriskan beberapa info lebih awal sebelum pengenalan sesuatu produk turut menyatakan, ia dijadual bermula pada awal September.

iPhone 7 dijangka akan membawakan rekaan seakan sama seperti iPhone 6S namun ia dikatakan tidak mempunyai port untuk audio-jack, selain menyertakan kamera yang lebih baik melalui telefon pintar baru mereka.



Mengikut sejarah sebelum ini, Singapura sentiasa berada di gelombang pertama jualan. Jika anda mahu jadi yang terawal memilikinya, bersiap sedia untuk melawat Singapura pada 16 September nanti. Apatah lagi, ia adalah hari cuti awam di Malaysia.

Seperti acara sebelum ini, orang ramai turut boleh menonton pelancaran ini secara langsung melalui laman www.Apple.com menggunakan komputer Mac atau peranti iOS. Untuk pengguna PC, ia boleh ditonton secara khusus menggunakan pelayar Microsoft Edge. – Sumber

iPhone 7 AKAN MENGGANAS DI PASARAN!!!

Assalamualaikum..



Dengan bulan September yang menjelang tiba, salah satu perkara yang dinantikan orang ramai adalah pengenalan telefon pintar Apple paling terbaharu, iaitu iPhone 7.

Perkara ini disahkan portal imore, apabila Apple mula menghantar jemputan media kepada media antarabangsa bagi satu acara dijadualkan berlangsung di Bill Graham Civic Auditorioum, San Franciso, Amerika Syarikat pada 7 September (8 September waktu Malaysia).

‘Pembocor rahsia’ EVleaks yang terkenal dengan meniriskan beberapa info lebih awal sebelum pengenalan sesuatu produk turut menyatakan, ia dijadual bermula pada awal September.

iPhone 7 dijangka akan membawakan rekaan seakan sama seperti iPhone 6S namun ia dikatakan tidak mempunyai port untuk audio-jack, selain menyertakan kamera yang lebih baik melalui telefon pintar baru mereka.




Mengikut sejarah sebelum ini, Singapura sentiasa berada di gelombang pertama jualan. Jika anda mahu jadi yang terawal memilikinya, bersiap sedia untuk melawat Singapura pada 16 September nanti. Apatah lagi, ia adalah hari cuti awam di Malaysia.

Seperti acara sebelum ini, orang ramai turut boleh menonton pelancaran ini secara langsung melalui laman www.Apple.com menggunakan komputer Mac atau peranti iOS. Untuk pengguna PC, ia boleh ditonton secara khusus menggunakan pelayar Microsoft Edge. – Sumber


#suprise!!!
#menu hari ni dari isteri tercinta...
#shellout
#ketamudanglalasotongvege
#terbaik!!!

Cerita Kanak-Kanak

Si Kenit Dan Sang Gergasi

Pada suatu hari Ika bermain-main  di halaman rumahnya. Ketika dia sedang bermain, dia melihat abangnya iaitu Ijam duduk di tangga rumah. Ika terus pergi kepada abangnya. “ Abang, kenapa abang duduk di tangga ni je? Tak nak bermain dengan Ika sekali ke?” Tanya Ika kepada abangnya. “Tak nak la. Ika bermain dengan anak patung. Anak patung tu mainan budak-budak perempuan”. Sedang mereka rancak berbual, ketika itulah atok mereka keluar dari rumah. Terus Ijam bertanya kepada atok. “ Atok nak ke mana?. “ Atok nak ke bendang la. Nak ikut?” Jawab atok. Ijam dengan rasa geli dan takut pada kotoran di bendang terus menggeleng kepalanya menandakan dia tidak mahu pergi ke sana. Tetapi Ika merengek kepada abangnya yang dia mahu ikut juga atok ke bendang. Ijam dengan rasa akan kasihan kepada adiknya, dia pun bersetuju mengikut atok mereka ke bendang. Dengan pantas Ijam masuk ke rumah dan mengambil permainan untuk di bawa ke sana.
Apabila sampai di bendang, atok menyuruh Ijam dan Ika duduk di pondok berhampiran. Atok melarang mereka dari bermain jauh dari pondok tersebut. Atok juga berpesan kepada Ijam supaya menjaga adiknya. Setelah atok selesai membuat kerja-kerja di bendang, atok terus ke pondok dan berehat bersama cucu-cucunya. Ketika berada di pondok, atok bertanya kepada cucu-cucunya. “ Kamu berdua nak dengar cerita dari atok tak?” “ nak...nak...” Dengan serentak mereka berdua menjawab.

Lalu atok pun memulakan cerita kepada cucu-cucunya. “Pada suatu hari, di dalam hutan rimba, terdapat gergasi yang sangat ganas sedang memburu binatang untuk di jadikan makanannya. Di hutan itu juga ada sang kenit yang di beri nama Atan. Atan sangat penyayang terhadap semua hidupan dan binatang yang ada di hutan itu. Dia juga boleh berinteraksi dengan binatang-binatang yang ada di hutan itu. Binatang-binatang di hutan tersebut buntu memikirkan bagaimana cara untuk menghalau gergasi yang ganas itu daripada hutan mereka. Salah seekor daripada binatang yang ada di dalam hutan iaitu monyet telah meminta pertolongan daripada Atan untuk menolong mereka mengalahkan gergasi tersebut. Walaupun Atan sangat kerdil, tetapi dia sentiasa menggunakan akal dan ideanya untuk membantu binatang-binatang yang ada di dalam hutan.” Dalam atok bercerita, Ika terus bertanya kepada atok, “ apa agaknya akal si Atan kali ni atok?” Atok pun meneruskan ceritanya.
“Pada keesokkan harinya, Atan berjalan-jalan di dalam hutan sambil berfikir bagaimana cara untuk menewaskan gergasi yang ganas itu. Sedang dia berjalan, dia terfikir satu helah yang dapat menewaskan gergasi tersebut. Tanpa berlengah lagi Atan terus pergi ke tempat tinggal gergasi itu. Setelah sampai di tempat gergasi itu, Atan melihat gergasi itu sedang berehat.

Atan tergesa-gesa terus berjalan dengan membawa segulung rotan di hadapan gergasi itu. Dengan rasa marahnya kepada si kenit itu, gergasi terus menghalang laluan Atan dengan kakinya yang besar. Atan terkejut dengan perbuatan gergasi itu. Dengan suaranya yang garau,  gergasi itu bertanya kepada Atan. “ Nak kemana tergesa-gesa tu?”. Atan pun menjawab, “ aku nak jumpa Raja Hassan, dah lambat ni.” Gergasi itu bertanya kepada Atan untuk apa dia kesana. Lalu Atan pun menerangkan kepada gergasi itu bahawa Raja Hassan mengalami sakit belakang badan dan hanya dia yang dapat menolong Raja Hassan itu. Atan menerangkan lagi bahawa rotan yang di bawanya itu boleh menyembuhkan segala penyakit termasuk sakit badan, sengal tulang, bisa badan dan macam-macam lagi.

Gergasi pun dengan rasa marah menumbuk tanah kerana tidak percaya dengan kata-kata Atan tentang rotan yang di bawanya itu boleh menyembuhkan penyakit. Atan memberitahu gergasi bahawa rotan yang di bawanya itu adalah rotan sakti. Dengan rasa ingin tahu bagaimana rotan itu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit, gergasi menyuruh Atan merawatnya terlebih dahulu kerana gergasi ingin tahu kesaktian rotan itu merawat penyakit. Secara kebetulan,  gergasi juga mengalami sakit badan yang sama. Atan memberitahu kepada gergasi bahawa rotan yang dibawanya itu adalah untuk Raja Hassan sahaja. Gergasi pun berasa marah lalu mengugut Atan sekiranya dia tidak dirawat dengan rotan itu terlebih dahulu, gergasi akan memakan Atan. Atan pun berpura-pura berasa takut dan membuat perjanjian sekiranya dia merawat gergasi, gergasi mesti berjanji yang dia tidak akan memakan Atan. “ Baiklah, aku bersetuju dengan perjanjian itu. ” Kata Gergasi itu.

Tanpa berlengah lagi, Atan menyuruh gergasi itu baring diatas tanah. Atan pun terus berpura-pura merawat gergasi yang berada di hadapannya dengan cara melilit badan gergasi itu sebanyak yang mungkin. “ Ok, sudah siap. Masih sakit lagi tak?.” Tanya Atan kepada gergasi itu. Gergasi itu pun menjawab. “ masih sakit lagi ni Atan.” “ Ooo... mungkin belum cukup lagi ni...biar aku tambahkan rotannya.” Jawab Atan. Tanpa berlengah lagi Atan terus menambah lilitan rotan di badan gergasi itu. Setelah selesai melilit badan gergasi itu, Atan menyuruh gergasi itu mengikut membaca jampi menteranya. “ Hai mambang hutan, mambang langit, mambang laut, mambang jahat... gergasi yang jahat sudah kena ikat.hahahha....” Mendengar sahaja jampi mentera yang di baca oleh Atan itu tadi, gergasi terus tekejut dan berasa marah pada Atan kerana menyedari dirinya telah di tipu.


Dengan badannya yang telah diikat oleh Atan, gergasi terus bangun dan melompat-lompat mengejar Atan. Atan berasa takut lalu berlari sekuat hati meninggalkan gergasi yang jahat itu. Gergasi itu terlompat-lompat mengejar Atan kerana badan,kaki dan tangannya telah diikat oleh Atan sebentar tadi. Sedang Atan berlari-lari, dia mendapat satu akal untuk membuat helah di tebing gaung yang agak curam dan dalam. Ketika tibanya di tepi tebing gaung itu, Atan berpura-pura takut kerana dirinya akan di makan oleh gergasi tersebut.

Tidak lama kemudian muncul lah gersasi itu dengan muka yang ganas serta badan yang terikat dengan rotan Atan itu tadi. Dengan rasa geram, gergasi itu terus melompat dan menerkam Atan yang berada di tepi gaung itu. Dalam masa yang sama juga, Atan melompat ke tepi untuk mengelakkan dirinya daripada di baham oleh gergasi tersebut. Gergasi itu tidak sempat menyelamatkan dirinya lalu terhumban kedalam gaung yang dalam itu. Atan pun berasa lega kerana gergasi yang ganas itu tidak lagi membuat kacau di dalam hutan mereka. Kini hutan rimba menjadi aman dan damai semenjak ketiadaan gergasi itu lagi.

“Tamatlah ceritanya. Jadi atok ingin memberitahu kamu berdua, jika kita mempunyai kuasa janganlah kita menindas orang yang berada dibawah kita. Dalam hidup ini, kita perlulah saling tolong-menolong antara satu sama lain supaya hidup kita sentiasa aman dan damai.” Pesan atok kepada cucu-cucunya. Setelah puas berehat dan bercerita kepada cucu-cucunya, lalu atok pun mengajak mereka pulang ke rumah dengan perasaan  berpuas hati kerana telah memberi nasihat dan tauladan yang baik kepada mereka.

Pengasas Estee Lauder



Estee Lauder adalah seorang usahawanita dan pengasas kosmetik Amerika. Beliau di lahirkan pada 1 Julai 1908 dengan diberi nama Josephine Esther Mentzer. Ada juga beberapa spekulasi mengatakan bahawa beliau sebenarnya dilahirkan dua tahun awal iaitu pada tahun 1906. Beliau dilahirkan di Corona, Queens New York. Semasa kecil nama panggilan untuk Estee Lauder adalah Esty. Ejaan Estee dipilih beliau kerana itulah cara bagaimana Esty disebut dalam loghat Hungarian. Beliau merupakan anak kedua kepada Max Mentzer dan Rosenthal Mentzer. Ibu bapanya adalah pendatang Yahudi dari Hungaria dan Czechoslovakia. Estee bukanlah membesar dalam kelas atasan yang mana membuatkan beliau malu akan gaya hidup orang tuanya yang agak kekampungan dan beliau sangat teringin untuk menjadi seratus peratus identiti Amerika. Di zaman remajanya, dia membantu dan bekerja di kedai perkakasan milik keluarganya. Dari situlah bermulanya minat beliau terhadap perniagaan, keusahawanan dan membina pengalaman untuk menjadi peruncit yang berjaya.

Apabila Estee meningkat lebih dewasa dia bersetuju untuk membantu bapa saudaranya, John Schotz iaitu seorang ahli kimia yang banyak membantu mengubah masa depan Estee. Bapa saudara beliau mempunyai syarikat New Way Laboratories yang menjual produk kecantikan. Ini membuatkan Estee menjadi lebih berminat dalam bidang perniagaan. Estee begitu minat melihat bapa saudaranya mencipta produk kecantikan. Bapa saudaranya juga mengajar Estee bagaimana untuk mencuci muka dan membuat rawatan muka dengan cara yang betul. Estee mula berjinak-jinak dengan perniagaan dengan membawa produk-produk bapa saudaranya kepada rakan-rakan sekelasnya di Newton High School. Dari situ beliau mempelajari cara pemasaran perniagaan. Menyedari bahawa hubungan sosial adalah penting dalam perniagaan kecantikan, Lauder memutuskan untuk membuat impian masa kecilnya datang benar dengan menjadi seorang wanita elegan penghalusan dan terbilang. Melalui pemalsuan dan hiasan yang benar dan dengan berpakaian seperti pelanggan beliau dan meniru tingkah laku mereka, Lauder membuat dirinya menjadi seorang wanita yang canggih dan riang keindahan peranan yang cepat menjadi tidak boleh dibezakan daripada realiti. Selepas tamat belajar di Newton High School Estee memberikan tumpuan kepada perniagaan bapa saudaranya. Beliau menjual produk kecantikan tersebut ke butik-butik kecantikan, kelab-kelab dan hotel-hotel.

Permulaan kepada bermulanya kejayaan Estee adalah apabila pada suatu hari, selepas Estee membuat rawatan rambut di House Of Ash Blondes, pemilik pusat dandanan rambut tersebut Florence Morris bertanya Estee tentang kulitnya yang mulus. Maka Estee terus memberi empat dari krim produk bapa saudaranya dan menunjukkan cara-cara menggunakannya. Morris berasa sangat kagum dan menyuruh Estee menjual krim tersebut di pusat dandanan rambutnya yang baru dibuka. Sebelum beliau mencapai impiannya, iaitu pada awal usia 20an Estee telah bertemu dan berkahwin dengan Joseph Lauter pada 15 Januari 1930. Suaminya merupakan seorang usahawan tekstil. Estee melahirkan anak lelaki pertama pada tahun 1933 yang diberi nama Leonard. Walaupun telah berkeluarga, itu tidak menyekat beliau dari membangunkan impiannya dalam bidang kecantikan.

Pada awal perkahwinannya selepas kelahiran pertama anaknya, Estee merperhaluskan lagi dan meningkatkan kualiti krim-krim kecantikan bapa saudaranya dengan memasak semula krim tersebut di dapurnya sendiri. Beliau juga rajin membuat demonstrasi di pusat dandanan rambut, hotel-hotel malah dijalanan juga. Beliau juga banyak mengunjungi rumah-rumah pelanggannya demi membangunkan perniagaannya. Akan tetapi disebabkan tumpuan beliau yang mendalam terhadap perniagaan , pernikahannya kian meretak hingga akhirnya beliau bercerai pada tahun 1939. Setelah bercerai Estee berpindah ke Miami Beach Florida dimana beliau meneruskan impiannya dengan menjual produk kecantikannya kepada pelancong-pelancong kaya. Setelah tiga tahun berseorangan Estee akhirnya menyedari bahawa beliau masih memerlukan dan merindui bekas suaminya. Mereka merujuk kembali pada tahun 1942. Selepas merujuk kembali mereka bersetuju untuk bersama-sama mengusahakan perniagaan kosmetik dengan Estee bertugas dalam menguruskan pemasaran manakala suaminya menguruskan kewangan dan pentadbiran. Kemudiannya mereka membuka kedai kosmetik pertama di New York pada tahun 1944.Pada tahun yang sama juga Estee melahirkan anak yang kedua yang diberi nama Ronald.

Setelah beberapa tahun berkecimpung di dalam perniagaan berbekalkan visi, akhirnya mimpi indah menjadi nyata apabila pada tahun 1946 secara rasminya Estee berjaya menubuhkan syarikat yang khusus mengeluarkan krim kulit untuk kecantikan. Syarikat tersebut bernaung di bawah namanya Estee Lauder Inc. Baginya kecantikan itu harus dibelai dan dipelihara kerana ia milik abadi setiap wanita. Beliau dan suaminya bersama-sama mengusahakan syarikat tersebut dan hanya menawarkan produk yang berkualiti. Melalui pemikirannya yang cerdik Estee memutuskan untuk menjual produk-produknya hanya kepada kedai-kedai kelas atasan. Sasaran pertamanya adalah dengan memujuk pihak majikan New York City jabatan kedai-kedai supaya member ruang kaunter di Saks Fifth Avenue. Sebaik mendapat tempat, beliau menggunakan pendekatan jualan peribadi yang terbukti berkesan. Beliau menyakinkan Saks dan Saks memesan sejumlah pesanan yang besar dan berjaya dijual dalam masa dua hari. Kejayaan itu membuatkan Estee yakin syarikatnya mampu bersaing dengan kosmetik yang mempunyai nama besar seperti Revlon, Helena Rubinestein dan Elizerbert Arden. Beliau juga menggunakan pendekatan pemasaran dengan memberi kawan-kawannya yang terkenal sampel kecil produknya. Ini kerana beliau mahukan produknya berada di dalam tangan orang-orang yang terkenal kerana mereka ini adalah sasaran yang terbaik. Memikat golongan kaya dan terkenal adalah salah satu asas pelan perniagaan beliau.

Pada tahun 1953 Estee telah mencapai kejayaan dramatic dengan memperkenalkan produk wangian pertamanya “Youth Dew” iaitu sabun mandi yang juga boleh dijadikan sebagai pewangi. Syarikatnya mengedarkan sampel percuma dan menjalankan kempen promosi yang agresif. Estee sendiri memakainya dan menyembur wangiannya di sekitar kedai-kedai. Dengan harga $8.50 sebotol “Youth Dew” , ia meningkatkan jualan syarikat Estee Lauder di kedai-kedai tertentu. Produk tersebut mendapat jualan terbesar dari beberapa ratus dollar seminggu kepada ribuan dollar. Ia akhirnya menjadi garis wangian keseluruhan yang membawa masuk nilai $30 juta setahun pada pertengahann1980-an, kira-kira tiga dekad selepas pelancarannya. Pada awal 1960-an beliau mengambil pendekatan separa saintifik untuk penjagaan kulit. Produk pertama seperti Re-Nutriv dijual dengan harga 115 paun dan merupakan produk yang mendapat jualan terbesar walaupun harganya yang mahal. Perniagaannya menjadi semakin maju dengan beliau mengembangkan pasaran perniagaannya  ke luar negara lain dan memperkenalkan produk untuk lelaki jenama Aramis dan Clinique pada tahun 1968. Pada pertengahan 1970, produk-produk Estee berada di lebih tujuh puluh buah negara. Selama bertahun-tahun, syarikat Estee Lauder juga telah menarik perhatian bagi kempen pengiklanan paling lama yang memaparkan model yang terkenal. Dalam tahun 1970-an Karen Graham merupakan orang pertama yang menandatangani kontrak eksklusif kemudiannya digantikan oelh Willow Bay, Paulina Porizkova dan pada tahun 1995, Elizabeth Hurley.

Selain itu, Estee Lauder  menyahut seruan Jabatan Pertanian US di bawah piawaian program organik negara yang menyatakan bahawa sembilan puluh lima peratus daripada kandungan produk mestilah terdiri daripada bahan organik. Dalam penambahbaikan produk yang sedia ada juga, Estee telah menggunakan bahan semulajadi dan organik untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia dalam produknya. Ini adalah selari dengan permintaan pelanggan yang sangat menitikberatkan soal kecantikan mereka.

Hasil dari keyakinan yang mantap dan cita-citanya yang teguh menjadikan Estee seorang wanita terkaya di dunia. Estee dikelilingi oleh orang dari kalangan elit dan kerabat diraja. Setelah lebih dari 40 tahun Estee berkecimpung dalam perniagaan kosmetik, beliau yang terkenal dengan strategi pemasaran yang cerdik telah menyerahkan perusahaannya kepada anaknya Leornard. Walaupun selepas 40 tahun dan setelah menyerahkan perusahaan kepada anaknya, Estee tetap menghadiri setiap pelancaran kaunter kosmetik atau kedai. Beliau juga pernah berkata “saya tidak pernah bekerja sehari dalam hidup saya tanpa menjual. Jika saya percaya sesuatu, saya menjual dan saya menjual dengan bersungguh-sungguh”. Idea-idea produk inovatif beliau dan strategi pemasaran yang membantu  beliau berjaya meraih perniagaan kecantikan ke dalam industri antarabangsa dengan jualan yang diukur dalam berbillion-billion dollar.Sikap-sikap positif beliau inilah juga yang membuatkan beliau seorang yang dihormati, dikenali dan disegani ramai pihak.

Pada tahun 1983 Estee mengalami kehilangan yang besar apabila suaminya meninggal dunia. Estee berkongsi perjalanan hidupnya di dalam buku pada tahun 1985 yang bertajuk “Estee: A Success Story” . Pada tahun 1995 Syarikat Estee telah menjadi syarikat awam berhad. Pada masa itu perniagaannya dinilaikan lebih kurang dua billion US dollar.

Pada tahun 2004, iaitu pada usianya 97 tahun Estee meninggal dunia kerana penyakit Cardiopulmonari di Manhattan. Semasa hidupnya beliau telah mencapai pelbagai kejayaan. Antaranya ialah  beliau dipilih sebagai satu daripada sepuluh “Outstanding Women” dalam Business di Amerika Syarikat oleh perniagaan dan editor-editor kewangan pada tahun 1967. Ini diikuti pula “Spirit of Achievement Award” dari Elbert Einstein College of Medicine di Yeshiva Universiti pada tahun 1968. Estee juga merupakan satu-satunya wanita di dalam majalah Time tahun 1998 yang tersenarai sebagai 20 orang genius yang memiliki perniagaan paling berpengaruh di abad ke-20. Beliau juga menerima penghargaan “Presidential Medal of Freedom” malah turut dicetuskan menjadi “Junior Achievement U.S Business Hall Of Fame” pada tahun 1988.Walaupun beliau telah tiada, syarikat yang dibinanya masih utuh di bawah pengurusan keluarganya. Anak sulongnya, Leornard adalah eksekutif Syarikat Estee Lauder dan kini pengerusi lembaga. Anak keduannya pula Ronald adalah pengerusi Clinique Laboratories manakala cucunya pula William Lauder adalah pengerusi eksekutif di Estee Lauder. Syarikat Estee Lauder Inc juga telah tersenarai di Pasaran Bursa Saham New York dibawah kod EL. Terdapat lebih tiga puluh dua jenama di bawah Estee Lauder Inc yang diperkenalkan sejak awal penubuhan syarikat hingga sekarang. Ia merangkumi sejumlah besar syarikat dikenali termasuk tetapi tidak terhad kepada; Estée Lauder, Aramis, Clinique, Prescriptives, Origins, M A. C, Bobbi Brown, Tommy Hilfiger, Jane, Donna Karan, Aveda, La Mer, Stila dan Jo Malone. Produknya termasuk terdiri daripada krim kecantikan, alat solek, dandanan rambut ,kosmetik, colognes, minyak wangi, minyak badan, serum kulit, dan losyen. Produknya juga tidak terhad kepada kaum wanita sahaja malah diciptakan juga untuk kaum lelaki.

Sehingga kini syarikat Estee Lauder masih dimiliki oleh keluarga Lauder yang mengawal kira-kira lapan puluh tujuh peratus daripada kuasa saham mengundi. Lembaga pengarah syarikat terdiri daripada tiga belas  orang pengarah , di mana empat daripadanya adalah terdiri daripada ahli keluarga Lauder. Lantaran dari reputasi yang baik, setiap produknya yang diperkenalkan adalah yang terbaik bersandarkan gaya inovatif, disamping mementingkan kualiti. Produk berjenama Estee Lauder telah berjaya membuktikan kelebihannya apabila diberi pengiktirafan di seratus buah negara di dunia. Kelebihan ini adalah disebabkan keupayaan Estee mengekalkan kualiti meski lebih lima puluh tahun berada di pasaran.


Hari ini, Estee Lauder telah menjadi satu rangkaian perniagaan yang terbesar yang memiliki kosmetik persendirian di dunia dengan jualan melebihi satu billion dolar. Selagi peminat setia produk Estee Lauder tidak jemu mengikuti perkembangan produk-produk terbaru dari Estee Lauder , selagi itulah syarikat Estee Lauder akan kekal kukuh dan berkembang lebih maju.  Industri kosmetik,  tidak akan mati selagi adanya produk yang sentiasa diubahsuai menjadi lebih baik dan berkualiti dari semasa ke semasa. Kesimpulannya selagi ada kepercayaan dari setiap pelanggan, selagi itulah syarikat Estee Lauder tidak akan terkubur.

TOKOH NEGARAWAN - Tun Dr Mahathir bin Mohamad


1.    LATAR  BELAKANG TOKOH

Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah dilahirkan pada 10 Julai 1925. Dalam buku A Doctor in the House, Dr Mahathir menyatakan tarikh lahir sebenarnya adalah pada 10 Julai 1925, tapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil kelahiran sebagai 20 Disember untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan orang adik-beradik. Dr Mahathir memulakan alam persekolahannya di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Government English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.

Dalam tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan perkhidmatan perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.

Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956.
  
Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik melayu pertama di negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat. Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena ‘C.H.E Det’ antara tahun 1946-1950.

Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid.

Selain itu beliau juga berkhidmat sebagai penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku “Dilema Melayu” yang diterbitkan dalam tahun 1970.

Selain daripada menulis, Dr. Mahathir juga merupakan seorang yang rajin membaca dan berpegang teguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan professional dan politik juga tidak menghalang beliau untuk menjadikan seni pertukangan kayu sebagai satu hobi.

Dr. Mahathir dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah mengikuti kursus pertukangan kayu di Great Britain untuk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau. Dalam tahun 1989, berdasarkan minat yang berterusan dalam bidang ini, Dr. Mahathir telah dianugerahkan Honorary Freedon of the Worshipful Company of Carpenters oleh British Carpenters Society. Penglibatan Dr. Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun-tahun 1950an disebabkan beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau terus menulis esei dan komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan membolehkan Dr. Mahathir bergiat semula di dalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959, tetapi menolaknya.

Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr. Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara.

Pada 10 Julai,1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.

Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai UMNO. Nombor ahli 0000001 dikekalkan.

Dr. Mahathir digelar “Bapa Permodenan Malaysia” dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003 kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun.

Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia. Dr. Mahathir bersara pada Oktober 2003 dan dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun.

Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Walaupun kadang kala cetusan idea dan wawasan beliau kurang difahami, namun hakikatnya beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh dan terkehadapan, malah lebih jauh daripada pemikiran orang Melayu khususnya.

2.    PEMIKIRAN KRITIS OLEH TUN DR. MAHATHIR

Tidak pernah lekang dengan hasil cetusan idea yang segar dan berani yang kadang-kadang ’melawan arus’ cukup membuktikan anak jati Alor Setar, Kedah ini selayaknya berada di tempatnya saat itu.  Dek kerana itulah beliau telah digelar sebagai Pencetus Minda Malaysia kerana sering tampil dengan ilham baru yang melangkaui zamannya dalam memahat nama Malaysia di setiap pelosok benua.
Berbekalkan daya intelektual yang tinggi dan bersandarkan kepada pemikiran strategi yang dimiliki beliau terus memacu negara Malaysia ke arah negara maju. Menara Berkembar Petronas, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan idea Wawasan 2020 merupakan bukti penting bahawa idea bernas mantan Perdana Menteri Malaysia ini sangat berharga.

Beliau juga sering kali diminta untuk menyumbang pendapat dan cadangan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di negara ini. Kreativiti dan inovasi hasil daripada pemikiran beliau ini telah membantu dalam menggerakkan kerancakan pertumbuhan ekonomi, politik dan sosial negara Malaysia.

Semenjak Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri pada 16 Julai 1981, banyak perubahan terjadi kepada rakyat dan negara. Kebanyakan perubahan ini cukup mengejutkan. Ada orang yang memandang perubahan ini dengan pandangan yang cukup positif. Perubahan ini dianggap cukup kreatif, inovatif, memikirkan perkara yang tidak terfikir, menjadikan kenyataan terhadap perkara mustahil dan sebagainya. Pada mereka perubahan yang memanfaatkan hal-hal ini memang cukup wajar demi kemajuan dan kelangsungan hidup negara.

Begitulah perubahan dalam keadaan apa pun diterima secara pro dan kontra. Yang penting dan yang harus dipastikan ialah perubahan itu dapat dinikmati oleh rakyat dan negara. Dr. Mahathir berhasil membuktikan perubahan yang dibawanya dapat memanfaatkan negara walaupun beliau menerima kritikan yang cukup hebat.


3.    Ekonomi
Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr. Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut.

Penamanaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada dalam kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Tun Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan yang hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF).

Kesannya daripada penyelesaian masalah yang dilakukan oleh beliau, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada dibelenggu kegawatan ekonomi tanpa perlu mengikat diri kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah pengurus besar IMF, Horst Kohler pernah memuji tindakan yang diambil oleh Tun Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara.

Kedudukan beliau sebagai Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau rancang dan sasarkan. Beliau telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara yang berasaskan perindustrian.

Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan industry petroleum yang masih diusahakan secara kecil-kecilan.
Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, maka pada awal tahun 1980-an beliau telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi.

Keputusan yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan harga matawang Yen yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun.

Kini, kebergantungan ekonomi negara terhadap bidang perindustrian begitu ketara apabila sektor perkilangan membentuk 30% daripada asas ekonomi negara manakala sektor pertanian menurun kepada 8% sahaja berbanding 23% kira-kira 22 tahun lalu.  Kebijaksanaan Tun Dr. Mahathir dalam menyelesaikan krisis ekonomi negara sangat membuka mata seluruh pelosok dunia.

4.    Pendidikan
Selepas Tun Dr Mahathir berjaya memenangi kerusi Parlimen Kubang Pasu dengan menang tanpa bertanding di dalam Pilihan Raya Umum 1974, [34] beliau telah mendapat tempat di dalam barisan kabinet Allahyarham Tun Abdul Razak. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 6 Oktober 1974.

Semasa menjadi Menteri Pelajaran, beberapa perubahan telah dibuat iaitu tindakan pertama beliau selaku Menteri ketika itu telah mengubah dasar pendidikan negara dengan melaksanakan usaha-usaha untuk membasmi dan menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan kepada semua.

Tindakan kedua beliau ialah meminda Akta Universiti dan Kolej 1974 dengan meletakkan pentadbiran universiti secara langsung di bawah Kementerian Pelajaran. Beliau telah mendapat banyak tentangan serta halangan daripada ahli akademik dan mereka yang terlibat di dalam pendidikan, namun beliau tetap dengan segala tindakan yang dilakukannya dan telah berjaya melenyapkan segala kritikan-kritikan terhadap dasar-dasar pendidikannya.

Selain itu keperhatinan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang pendidikan orang-orang Melayu dan golongan wanita adalah sangat tinggi.  Daripada 6 tulisan beliau di The Straits Times adalah menyentuh tentang pendidikan orang Melayu di peringkat menengah Inggeris dan pendidikan universiti di kalangan anak-anak Melayu dan juga wanita Melayu.

Tun Dr Mahathir seterusnya telah merujuk kepada kejayaan negara maju seperti Amerika dan Australia yang mana telah membangunkan sistem pendidikan negara masing-masing dengan jayanya iaitu dengan adanya satu bahasa yang menyatukan rakyat Amerika dan Australia iaitu penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dan ejen perpaduan. Menurut Tun Dr Mahathir:

“Bahasa pengantar sangatlah penting dalam membentuk perasaan bersatu. Oleh itu bahasa pengantar lazimnya adalah bahasa kaum yang tetap. Memang sesiapa pun tidak terlintas untuk menuntut supaya bahasa pendatang-pendatang baru dijadikan bahasa pengantar”.

Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa kebangsaan dan juga bahasa pengantar di sekolah-sekolah di seluruh negara.

Selain itu, Dasar Pandang Ke Timur telah diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8hb. Februari 1982 semasa Persidangan "5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA" di Hilton Kuala Lumpur. Dasar ini bermakna, pihak kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan-keadaan di Malaysia.

Adalah tidak tepat jika Dasar Pandang Ke Timur ditakrif sebagai mengambil apa sahaja dari Jepun dan Korea untuk dipraktik di Malaysia dan mengenepikan teladan yang boleh dipelajari dari negara-negara Barat.

Tumpuan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas contoh-contoh yang harus di pelajari oleh rakyat Malaysia ialah dari segi kemajuan Jepun dan Korea Selatan  dari segi ekonomi, pendidikan, kesenian dan kebudayaan. Ini kerana kemajuan kedua-dua negara ini adalah dipacu oleh kecekapan, kesungguhan, nilai-nilai estetika, rajin, setia, hormat menghormati, menepati masa yang tinggi dalam cara hidup dan berorganisasi masyarakat Jepun.

Oleh itu, pendidikan untuk memanfaatkan pengalaman Jepun telahpun dibuat secara total cultural immersion. Mata pelajaran Bahasa Jepun dijadikan sebagai bahasa pilihan dalam kurikulum sekolah menengah. Di samping itu dilaksanakan juga pelbagai program susulan di antaranya ialah program kemahiran, kursus-kursus jangka pendek dan program pertukaran pelajar di antara kedua-dua negara.

Kesannya daripada Dasar Pandang ke Timur ini telah membawa perubahan yang positif  telah menyediakan tenaga kerja yang berdaya saing dari aspek kerajinan dan disiplin bekerja, kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja, keutamaan kepada kumpulan dan tidak mementingkan diri sendiri, memberi fokus kepada daya pengeluaran (produktiviti) dan mutu yang tinggi (kualiti).

Selain itu peningkatan kecekapan, pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am dalam sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata memberi peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek, dan lain-lain lagi yang dipercayai boleh menyumbangkan kepada kemajuan bagi negara kita.

5.    Teknologi

Dr. Mahathir seorang yang berpandangan jauh, beliau bukan saja mempelajari dan memiliki komputer di pejabatnya, tetapi beliau juga mahu rakyat Malaysia menguasai teknologi komputer. Pada tahun 1997, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Koridor Raya Multimedia (MSC)' yang telah menjadikan Malaysia pusat pelaburan dan eksperimen pembangunan prasarana multimedia yang terunggul di dunia.

MSC telah menggabungkan semua ruanglingkup industri teknologi maklumat dalam sebuah persekitaran yang khusus buatnya. Sehubungan itu sebuah bandar ultra-tekno 'Cyberjaya' telah dibina dengan harapan MSC bakal menjadi satu-satunya bandar siber dunia. Gagasan MSC telah menempatkan kerajaan e-elektronik dan universiti multimedia serta menjadi pemangkin kepada perlaksanaan sekolah bestari, tele-perubatan, kad pintar, pusat pemasaran tanpa bersempadanan serta pusat pengeluar web sedunia.

6.    Teknologi Kenderaan Bermotor

Selepas Tun Dr Mahathir mengambil alih tampok pemerintahan negara, beliau telah melancarkan Proton Saga merupakan model pertama keluaran syarikat automotif pertama Malaysia iaitu PROTON, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Pada tahun yang sama Tun Dr Mahathir Mohamad telah merasmikan Jambatan Pulau Pinang pada September 1985 dengan menaiki Proton Saga yang menghubungkan Seberang Perai dan Pulau Pinang.

Perodua adalah syarikat kereta Malaysia yang kedua selepas Proton. Dilancarkan pada 27 Ogos 1994, kilangnya terletak di tapak seluas 80 hektar di Sungai Choh, Serendah, Selangor. Nama Perodua merupakan singkatan untuk "Perusahaan Otomobil Kedua".

Ketika beliau cuba menghasilkan projek kereta nasional seperti Proton Saga dan Kancil, terlebih dahulu beliau berfikir secara strategik. Beliau terlebih dulu akan membaca laporan mengenai kekuatan-kelemahan kereta yang dihasilkan di Barat.

Kedua adalah menganalisis sedalam-dalamnya peralatan sesebuah kereta, misalnya (komponen enjinnya dan banyak lagi hal yang berkaitan dengan kereta) dan ketiga adalah meminta diadakan taklimat mengenai kereta bukan di bilik pendingin hawa, tetapi di kilang kereta itu sendiri (di Jepun) supaya beliau dapat melihat sendiri cara kereta Jepun dibuat.

Dengan pemikiran strategik dan kritis ini, maka lahirlah idea membuat kereta tempatan. Maka, lahirlah Proton Saga, Kancil dan Rusa yang sesuai dengan cita rasa setempat.

Tun Dr Mahathir mensifatkan bahawa kejayaan yang dicapai oleh PROTON dan PERODUA membolehkan negara menyediakan kenderaan mampu milik oleh ramai penduduk Malaysia. Bilangan permintaan yang banyak dari penduduk Malaysia membolehkan kedua-dua syarikat kenderaan nasional itu membangunkan komponen kenderaan dengan rangkaian jualan seluruh negara disamping keupayaan penyelidikan bagi kenderaan penumpang.

Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, beliau juga menggerakkan projek litar Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi Grand Prix dunia yang mana Negara juga menaja pasukan formula 1 Stewart. Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS'.

Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas. Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah dengan terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994. Sehubungan itu beliau telah mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya sendiri. Ini menjadi kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup dengan pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada Oktober 1996.

7.    Pembangunan Negara
Dalam tahun 1996 Dr. Mahathir melihat satu lagi impiannya menjadi kenyataan apabila struktur tertinggi di Malaysia menjadi kenyataan. Menara Kuala Lumpur yang menempatkan pusat transmisi TV dan telefon selular merupakan manara konkrit yang tertinggi di dunia dan semestinya mercu tanda ibukota yang paling bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini juga menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia Rekod Malaysia tidak bernoktah di situ sahaja.

Dr Mahathir juga mengilhamkan 'Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yakni projek hartanah yang terbesar di dunia dengan nilai RM 2bil. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di dunia hingga selesai pembinaannya dengan 88 tingkat menara berkembar di atas lokasi seluas 40 hektar.

Meskipun beberapa sudut dunia bakal menampilkan bangunan yang lebih tinggi, namun rekod ini akan kekal sebagai menara 'berkembar' yang tertinggi di dunia bagi abad ke dua puluh dan juga untuk buat beberapa tahun yang akan datang.

Malaysia pada tahun 2002 dijangkakan mempunyai sebuah empayar hidroelektrik baru iaitu Empangan Bakun, sebuah projek mega yang bernilai RM20bil. di Sarawak. Tidak syak lagi, projek ini yang telah diistiharkan sebagai 'projek negara' merupakan projek prasarana yang terbesar di Malaysia dan bakal dipeta sebagai empangan yang terbesar di Asia.

Menyedari bahawa industri penerbangan awam bukan hanya memerlukan pesawat terbang canggih tetapi juga lapangan terbang yang serba boleh, Dr. Mahathir telah menukar kawasan ladang di Sepang kepada tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Lapangan terbang ini akan tampil sebagai yang tercanggih di rantau ini dengan nilai RM9 bil. Apabila siap sepenuhnya, ia akan dapat menampung perjalanan 100 juta penumpang setahun dan pastinya menjadikan Penerbangan Malaysia (MAS) antara yang paling kompetitif di dunia.

Dr. Mahathir bukan hanya berusaha membangunkan Malaysia tetapi beliau juga berusaha membangunkan negara-negara dunia ketiga yang lain. Beliau menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia melabur ke negara-negara yang memerlukan pelaburan serta menghulurkan bantuan teknikal kepada negara-negara yang ketandusan kepakaran.

Kini Malaysia merupakan pelabur terbesar Kemboja dengan RM1bil. Yang kedua terbesar di Vietnam dengan nilai pelaburan berjumlah RM559 disamping membuat kehadirannya sangat dirasai di Myanmar, Afrika Selatan, Zimbabwe dan Maldives.
Tidak kira apa gagasannya, negara membangun, negara dunia ketiga, negara kecil atau negara miskin, beliau dengan berani menyuarakan masalah mereka dalam forum-forum antarabangsa serta menyelar negara-negara maju yang tidak ikhlas membantu malah menindas dengan prejudis.

Pandangannya yang kritis tetapi nyata, telah menjadikan beliau jurucakap kepada negara-negara dunia ketiga dan pembela agama Islam yang konsisten. Malaysia mampu berbuat demikian kerana Malaysia "Merdeka' bukan sahaja dari segi politik tetapi juga ekonomi dan yang lebih penting - dari segi spiritualnya.

8.    Lain-Lain
Selain dari sudut ekonomi, pembangunan dan teknologi, terdapat banyak lagi isu yang membawa kepada pemikiran kritis Tun Dr. Mahathir. Antaranya adalah ketika negara berura-ura membeli kapal terbang pejuang supersonik MiG-29 buatan Russia. Terlebih dulu Dr Mahathir membaca komen mengenai kekuatan dan kelemahan MiG-29.

Ketika pameran LIMA di Langkawi, Dr. Mahathir meneliti, menganalisis kekuatan dan kelemahan pesawat itu. Beliau bertanya kepada penganjur antarabangsa LIMA mengenai hal teknikal yang relevan dengan MiG-29. Pertanyaan ini menyebabkan penganjur mengetahui bahawa Dr Mahathir benar-benar mengetahui seluruh aspek.

Selain itu, bagaimana Dr. Mahathir menggunakan pemikiran kritisnya untuk menumpaskan hujah dan tohmahan George W. Bush (ketika itu Presiden Amerika) terhadap Malaysia pada Sidang Bumi di Rio de Janerio, Brazil.

Hujah Bush adalah Malaysia menebang balak. Oleh itu, Malaysia kekurangan hutan dan menyebabkan terjadinya pencemaran alam. Ertinya Malaysia menyumbang kepada terjadinya pencemaran alam secara berleluasa. Hujah balas Dr Mahathir pula negara manakah yang lebih banyak menyumbang kepada pencemaran udara/alam. Malaysia atau Amerika?

Secara nyata Dr Mahathir mengemukakan fakta mengenai begitu banyak kereta di Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan asapnya. Malah, kilang di Amerika Syarikat juga mengeluarkan asap yang banyak dan tidak terkawal. Asap daripada kenderaan dan kilang menyerap ke dalam udara Eropah malah angin yang bertiup membawa pencemaran itu ke negara Asia. Ertinya negara-negara Asia ikut mendapat kesan daripada pencemaran asap yang dimulakan di Amerika Syarikat. Malah, Malaysia juga ikut tercemar akibat pencemaran alam buatan Amerika.

Sebaliknya meskipun Malaysia menebang balak tetapi penebangan ini hanyalah untuk tujuan pembangunan. Malaysia mengusahakan cara yang terbaik untuk mengawal usaha pembangunan ini supaya tidak berlaku pencemaran alam yang teruk. Jadi negara manakah yang sebenarnya yang mencemarkan alam ini?

Berdasarkan kebolehannya menggunakan pemikiran strategiknya, dunia yang sebelum ini cuba menuding jari kepada Malaysia akhirnya berpusing balik kepada Amerika dan menyedari kesalahannya.

Satu contoh pemikiran kritis beliau adalah pemikiran yang beliau manfaatkan apabila beliau menyerang George Soros, spekulator mata wang antarabangsa. Dr Mahathir menganggap Soros sebagai penyangak mata wang.

Menyanggah Soros, pengarang buku The Crisis Of Global Capitalism apalagi tokoh kewangan dunia adalah suatu risiko terhadap Dr Mahathir. Sebelum ini tiada pemimpin dunia yang berani menentang Soros apa lagi pemimpin negara-negara Asia. Tetapi Dr. Mahathir melakukannya dengan berani dan berisiko.
Kata Musashi "apabila seseorang mengerti kegunaan senjata, maka ia dapat menggunakan setiap senjata dengan waktu dan keadaan." Saya percaya konsep dan senjata ini digunakan dengan berkesan oleh Dr Mahathir untuk menewaskan musuh-musuhnya sehingga mereka tertiarap dan tidak dapat bangun lagi. Kesimpulannya Musashi memanfaatkan kelemahan musuh dan kekuatan diri sendiri.

9.    KESIMPULAN
Kesimpulannya adalah kita dapat lihat bahawa Tun Dr Mahathir sangat berbeza berbanding dengan 3 Perdana Menteri Malaysia yang lepas yang mana masing-masing mendapat pendidikan dan pendedahan daripada luar negara. Tun Dr Mahathir Mohamad benar-benar menunjukkan contoh tauladan dengan beliau sendiri adalah seorang graduan tempatan telah berjaya untuk memimpin Malaysia ke tahap yang sekarang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memiliki sekurang-kurangnya tiga kebolehan pemikiran strategik seperti yang digariskan itu. Malah, ada orang mengatakan beliau memiliki lebih daripada tiga kebolehan berfikir secara strategik.

Persoalannya bukanlah jumlah kebolehan yang dimilikinya, tetapi kemampuan menterjemah kemampuan berfikir secara strategik yang sedia dimilikinya dalam bentuk tindakan yang memanfaatkan negara. Pemikiran boleh saja ketinggalan zaman atau boleh saja maju bergantung kepada cara orang menggunakannya. Dr Mahathir cenderung menggunakan pemikiran untuk memajukan rakyat dan negara.

Gaya berfikir beliau yang memanfaatkan pemikiran rentas berani (breakthrough thinking) dan pemikiran berisiko (risk thinking). Pemikiran rentas berani bukan saja memerlukan kekuatan pemikiran kreatif malah keberanian melaksanakan idea kreatif dengan kekuatan luar biasa.

Peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada masyarakat Melayu dalam era 1981 – 2002 dalam bidang pendidikan memang besar dan jasanya hanya Allah SWT sahaja yang membalas. Di doakan Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat nikmat kesihatan yang baik.
                        

RUJUKAN

Den, H. (2014, June). Biodata Tokoh: Tun Dr Mahathir Mohamadhttp://www.klinikmotivasi.com/blog/biodata-tokoh-tun-dr-mahathir- mohamad/

Ensiklopedia Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, Jilid 7. (2006). Darulfikir, Kuala Lumpur: Sains Teknologi dan Hak Asasi Manusia.

Perdana Menteri Malaysia - Tun Dr Mahathir Mohammad. (2009, April). http://perdana-menteri-malaysia.blogspot.com/2009/04/tun-dr-mahathir-bin-mohammad.html

Blog Peribadi Rashidi Nasaruddin | Copyright © 2013. Powered By Mr.Nice.Guyz - All Rights Reserved