Si Kenit Dan Sang Gergasi
Pada suatu hari Ika
bermain-main di halaman rumahnya. Ketika
dia sedang bermain, dia melihat abangnya iaitu Ijam duduk di tangga rumah. Ika
terus pergi kepada abangnya. “ Abang, kenapa abang duduk di tangga ni je? Tak
nak bermain dengan Ika sekali ke?” Tanya Ika kepada abangnya. “Tak nak la. Ika
bermain dengan anak patung. Anak patung tu mainan budak-budak perempuan”.
Sedang mereka rancak berbual, ketika itulah atok mereka keluar dari rumah.
Terus Ijam bertanya kepada atok. “ Atok nak ke mana?. “ Atok nak ke bendang la.
Nak ikut?” Jawab atok. Ijam dengan rasa geli dan takut pada kotoran di bendang
terus menggeleng kepalanya menandakan dia tidak mahu pergi ke sana. Tetapi Ika
merengek kepada abangnya yang dia mahu ikut juga atok ke bendang. Ijam dengan
rasa akan kasihan kepada adiknya, dia pun bersetuju mengikut atok mereka ke
bendang. Dengan pantas Ijam masuk ke rumah dan mengambil permainan untuk di
bawa ke sana.
Apabila sampai di bendang, atok
menyuruh Ijam dan Ika duduk di pondok berhampiran. Atok melarang mereka dari
bermain jauh dari pondok tersebut. Atok juga berpesan kepada Ijam supaya
menjaga adiknya. Setelah atok selesai membuat kerja-kerja di bendang, atok
terus ke pondok dan berehat bersama cucu-cucunya. Ketika berada di pondok, atok
bertanya kepada cucu-cucunya. “ Kamu berdua nak dengar cerita dari atok tak?” “
nak...nak...” Dengan serentak mereka berdua menjawab.
Lalu atok pun memulakan cerita kepada
cucu-cucunya. “Pada suatu hari, di dalam hutan rimba, terdapat gergasi yang
sangat ganas sedang memburu binatang untuk di jadikan makanannya. Di hutan itu
juga ada sang kenit yang di beri nama Atan. Atan sangat penyayang terhadap semua
hidupan dan binatang yang ada di hutan itu. Dia juga boleh berinteraksi dengan
binatang-binatang yang ada di hutan itu. Binatang-binatang di hutan tersebut buntu
memikirkan bagaimana cara untuk menghalau gergasi yang ganas itu daripada hutan
mereka. Salah seekor daripada binatang yang ada di dalam hutan iaitu monyet
telah meminta pertolongan daripada Atan untuk menolong mereka mengalahkan
gergasi tersebut. Walaupun Atan sangat kerdil, tetapi dia sentiasa menggunakan
akal dan ideanya untuk membantu binatang-binatang yang ada di dalam hutan.”
Dalam atok bercerita, Ika terus bertanya kepada atok, “ apa agaknya akal si
Atan kali ni atok?” Atok pun meneruskan ceritanya.
“Pada keesokkan harinya, Atan
berjalan-jalan di dalam hutan sambil berfikir bagaimana cara untuk menewaskan
gergasi yang ganas itu. Sedang dia berjalan, dia terfikir satu helah yang dapat
menewaskan gergasi tersebut. Tanpa berlengah lagi Atan terus pergi ke tempat
tinggal gergasi itu. Setelah sampai di tempat gergasi itu, Atan melihat gergasi
itu sedang berehat.
Tanpa berlengah lagi, Atan
menyuruh gergasi itu baring diatas tanah. Atan pun terus berpura-pura merawat
gergasi yang berada di hadapannya dengan cara melilit badan gergasi itu
sebanyak yang mungkin. “ Ok, sudah siap. Masih sakit lagi tak?.” Tanya Atan
kepada gergasi itu. Gergasi itu pun menjawab. “ masih sakit lagi ni Atan.” “
Ooo... mungkin belum cukup lagi ni...biar aku tambahkan rotannya.” Jawab Atan.
Tanpa berlengah lagi Atan terus menambah lilitan rotan di badan gergasi itu.
Setelah selesai melilit badan gergasi itu, Atan menyuruh gergasi itu mengikut
membaca jampi menteranya. “ Hai mambang hutan, mambang langit, mambang laut,
mambang jahat... gergasi yang jahat sudah kena ikat.hahahha....” Mendengar
sahaja jampi mentera yang di baca oleh Atan itu tadi, gergasi terus tekejut dan
berasa marah pada Atan kerana menyedari dirinya telah di tipu.
Tidak lama kemudian muncul lah gersasi itu dengan muka yang ganas serta badan yang terikat dengan rotan Atan itu tadi. Dengan rasa geram, gergasi itu terus melompat dan menerkam Atan yang berada di tepi gaung itu. Dalam masa yang sama juga, Atan melompat ke tepi untuk mengelakkan dirinya daripada di baham oleh gergasi tersebut. Gergasi itu tidak sempat menyelamatkan dirinya lalu terhumban kedalam gaung yang dalam itu. Atan pun berasa lega kerana gergasi yang ganas itu tidak lagi membuat kacau di dalam hutan mereka. Kini hutan rimba menjadi aman dan damai semenjak ketiadaan gergasi itu lagi.
“Tamatlah
ceritanya. Jadi atok ingin memberitahu kamu berdua, jika kita mempunyai kuasa
janganlah kita menindas orang yang berada dibawah kita. Dalam hidup ini, kita
perlulah saling tolong-menolong antara satu sama lain supaya hidup kita
sentiasa aman dan damai.” Pesan atok kepada cucu-cucunya. Setelah puas berehat
dan bercerita kepada cucu-cucunya, lalu atok pun mengajak mereka pulang ke
rumah dengan perasaan berpuas hati
kerana telah memberi nasihat dan tauladan yang baik kepada mereka.
Casino Royale - Live Dealer Games - Virgin Games
ReplyDeleteCasino 1xbet app Royale is https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ a live deccasino casino with a casinosites.one large, eclectic portfolio of casino games. Players can play goyangfc this game with live dealers,